Daripada 122 negara, Malaysia turut di senaraikan antara negara yang paling malas di dunia. Sebuah Journal The Lancet mengeluarkan laporan senarai negara-negara dengan penduduknya yang paling malas di dunia. Hasil itu diperoleh dengan melakukan kajian global, termasuk hasil penelitian dari 122 negara.
Secara keseluruhan, peratusan tertinggi wanita tidak aktif menunjukkan di negara-negara yang sukar bagi wanita untuk mencari pekerjaan kerana faktor sosial, seperti Arab Saudi. Sedangkan 80 peratus dari penduduk yang menjangkaui umur remaja dinilai masih di bawah standard keaktifan. Dari seluruh negara yang disurvey hampir sepertiga dari populasi mereka dianggap tidak aktif.
Para pemerhati mengeluarkan hasil ini bertepatan dengan Olimpiade untuk membantu memacu masyarakat yang malas untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif. Diharapkan mereka tergerak untuk lebih banyak melakukan aktiviti fizikal kerana penelitian menunjukkan bahawa kurang menjalani aktiviti sukan menjadi penyebab utama kematian dimana sepertiga dari orang di seluruh dunia belum memenuhi aktiviti minimum aitu 2 hingga 5 jam seminggu.
Berikut adalah 20 negara paling malas di dunia:
- Malta: 71,9 peratus tidak aktif
- Swaziland: 69,0 peratus tidak aktif
- Arab Saudi: 68,8 peratus tidak aktif
- Serbia: 68,3 peratus tidak aktif
- Argentina: 68,3 peratus tidak aktif
- Mikronesia: 66,3 peratus tidak aktif
- Kuwait: 64,5 peratus tidak aktif
- England: 63,3 peratus tidak aktif
- UAE: 62,5 peratus tidak aktif
- Malaysia: 61,4 peratus tidak aktif
- Jepun: 60,2 peratus tidak aktif
- Republik Dominika: 60,0 peratus tidak aktif
- Namibia: 58,5 peratus tidak aktif
- Iraq: 58,4 peratus tidak aktif
- Turki: 56,0 peratus tidak aktif
- Siprus: 55,4 peratus tidak aktif
- Itali: 54,7 peratus tidak aktif
- Irlandia: 53,2 peratus tidak aktif
- Afrika Selatan: 52,4 peratus tidak aktif
- Bhutan: 52,3 peratus tidak aktif